Saturday, December 31, 2011

kenapa tak perlu bagitahu 1 dunia

salam dan selamat berhulala-hulala *aiceh suka nampak :) ok cerita yang bakal kaka kongsi kali ni sangat S to the I to the M to the P to the L to the E..ahaa apakah? owh maap ini bukan pasal maharajalawakmega jauh sekali alkisahrajalawak.. tapi ini sebab munasabab kenapa kaka tak bagitahu 1 dunia siapakah dan dimanakah kekanda sparkling stars kaka,eh!ape tu "sparkling stars"?alaaa benda yang buat makan tak lena tidur tak lalu tu la,bengong bukan? :p

1. sebab pertama-tama *err cikgu BM mesti marah kalau tahu kenapa kaka tak nak bagitahu siapakah dan dimanakah kekanda sparkling stars kaka adalah kerana kita hanya merancang dan Dia yang menentukan maknanya kalau kaka dok perheboh 1 dunia pasal dia tapi at last kaka tak di takdirkan untuk dia..peh!tak ke malu dengan dunia yang dah tahu kisah cinta kami..kuikuikui masa 2 tolong la bagi kaka peti ais 18 pintu nak duduk dalam itu.malu.

2. kerana diriku begitu berharga. haha yang ini ape kejadah pulak! letak sticky picture dia and bubuh tulisan dekat situ "DIALAH KEKANDA SPARKLING STARS KU" or letak picture dia dalam satu entry then dekat bawah itu cerita la itu ini pasal dia..blablablaaa,kenapa kaka tak buat?yang ini sebab kalau tetiba pelamin angan ku musnah nanti letih nak kena cari balik entry-entry pasal dia,cerita-cerita pasal dia,gambar-gambar pasal dia sebab nak kena delete..haish leceh..*yang ini kaka cukup serik sebab dah pernah kena so tak nak buat lagi jadi sekarang bialah kaka tulis puisi-puisi jalanan tanpa alamat penerimanya ;)

3. doa. kalau doa yang baik-baik Alhamdullilah,terima kasih tapi kalau doa yang buruk-buruk?kaka bagi contoh ok?kita ambil contoh paling nampak dari cerita "Tentang Dhia" . Kita dengar komen-komen penonton bila Zikir dikendeng-kendengkan dengan Rose.

penonton 1 : eee..xsuka la Rose kawen dengan Zikir
penonton 2 : macik tak minat la dengan dorang ni!
penonton 3 : Eh kenape Zikir dgn perempuan ni bukan patutnye dengan Dhia ke..benci!
penonton 4 : zzzzzz

korang tengok hebat tak hebat doa-doa penonton ini sampai last-last pe jadi dekat Zikir dengan Rose tu..hahaha hebat bukan? :D ..jadi baik kaka mencegah sebelum terlambat *cewah da macam iklan kesihatan

4. yang ke-empat aka last point tetibe mood dah bertukar jadi jiwajiwa so sila hubungi tuan blog untuk keterangan lanjut *ape kerut-kerut? :p





In another life I would be ok =)

Wednesday, December 28, 2011

Mujahadah Cinta

bismillahirrahmanirahim..

awak...
mungkin kata-kata saya nanti akan menghiris hati awak
mungkin susun silang kata saya tak sehebat karyawan seni
mungkin antara kita nanti akan ada yang kecewa
terawal-awalnya saya mohon kemaafan

awak...
perahu kita akhir-akhir ini seringkali terumbang ambing
kadang ke kanan kadang ke kiri
bertahan la awak
saya yakin kita boleh
saya pasti awak boleh
sama-sama kita teguhkan iman
sama-sama kita rempuhi halangan

awak..
awak nak tahu
cinta mengajar saya sesuatu yang baru
cinta yang membutakan mata saya selama ini telah membuka hati saya untuk terus dekat pada-Nya
semakin mendalam rasa cinta saya pada awak semakin kuat saya berdoa pada-Nya
sebab saya yakin Dia Maha Mendengar isi hati saya
Dia tahu yang terbaik buat kita

awak...
saya nak awak tahu
awak dah ajar ini pada saya
" pabila kita berharap pada seseorang
jangan ptut-putus berdoa pada Allah
kerana Allah itu Maha Mendengar "
terima kasih awak =)

awak...
beberapa hari ini hati saya bercelaru
kadang terasa tak sanggup
tapi saya gagahi jua
saya cari bukti
saya dapat konklusi
saya ada jawapan dari awak,saya dan dia
hebatkan saya,awak?

awak...
rasa percaya saya masih ada untuk awak
saya nak awak jaga betul-betul
saya juga insan biasa
kadang rasa percaya itu boleh hilang sekelip mata

awak...
orang kata cinta umpama ombak dan pantai
ada pasang surutnya
betul ke awak?
kalau betul..
saya nak awak jadi kuat
saya nak awak belajar dari kesilapan
agar semaian cinta kita terus mekar hingga disana
bertahan la awak..
bertahan dengan mujahadah cinta kita