Andainya Adam tahu..
Apabila Hawa jatuh cinta , Adam itu tidak semestinya punya segalanya tetapi Adam itu adalah segalanya di hatinya.
Andainya Adam tahu..
Apabila Hawa mengalirkan air mata , itu bukan bermakna dia lemah. tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai Adam.
Andainya Adam tahu..
Apabila Hawa marah , memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah , itul maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi Adam. Lihat saja pasangan yang baru bercinta. Mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.
Andainya Adam tahu..
Apabila Hawa bercakap banyak , dia tidak pernah bermaksud untuk membuat Adam rimas. tapi dia mahu Adam mengenalinya dengan lebih dekat.
Andainya Adam tahu..
Apabila Hawa berkata dia mahu Adam berubah , itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima Adam seadanya tetapi dia mahu menjadikan Adam lebih baik. bukan untuk dirinya , tetapi untuk masa depan Adam.
Andainya Adam tahu..
Apabila Hawa cemburu dan tidak percayakan Adam , bukan bermakna dia tidak sayang. tetapi dia terlalu sayangkan Adam dan masih mengangap Adam anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya , Adam akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk Adam.
Andainya Adam tahu..
Apabila Hawa merajuk , jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen , tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat Hawa rasa dihargai.
Andainya Adam tahu..
Apabila Hawa jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu Adam merasai sendiri cintanya. bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.
Andainya Adam tahu..
Apabila Hawa kata dia rindu sama Adam , dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan , bayangan Adam akan sentiasa bermain di mata.
Andainya Adam tahu..
Apabila Hawa kata lelaki yang lain itu lebih baik dari kamu , jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu , percayalah. walaupun Hawa menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya Adam tetap yang terbaik.
Andainya Adam tahu..
Apabila Hawa menjadi degil dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana Adam itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah hati Hawa itu sangat lembut. Andai kena caranya , jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.
Andainya Adam tahu..
Apabila Hawa berkata , “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh Adam pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang , percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Hawa sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi Adam dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.
Andainya Adam tahu..
Sememangnya Allah menciptakan Adam dan Hawa itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami , mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan .
Hawa itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya , tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan Adam itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya Hawa itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat Adam menjadi lemah kerananya.
*credit to dak sofea y sudi menaja post nni..cewah!!!sila la jenguk2 blog beliau..omey2 org nye..p......hep2,da berpunye eaa..no jokE!!law gatai2 ngn beliau t kaka sebat laju2..pdN muke..haha :D
7 comments:
nice quote :)
atikah...maksudnya sngt mendalam..trima kasih ;)
teah>tenkiu :)
fuad>same2..copy je pon..2 semua cik sofea punye idea..
nice entry...
suke2..
xkisahla copy ke ape..jnji letak kredit..
nice one
diari>suke ea..bace la sll k..ngeee
iniialahaku>ehee..credit kt iniialahaku jugk sbb komen dkt sini..hehe :p
Post a Comment