Saturday, May 19, 2012

maaf tak terucap

malam
hening
sunyi sepi
tiada lagi gelak tawa
apatah lagi gurawan manja
gelap itu menjadi saksi
insan dungu melafazkan kata
sebak
sebak itu pasti
kerna kata maaf dipendam
tidak terucap

Monday, April 16, 2012

'SEGMEN:BLOGWALKING & SAYA NAK MASUK BLOGLIST PROMOSI BLOG'


auwchak auwchak !! bila da petang-petang macam gini mula la aku nak menggedix tambah pulak hujan dentum-dentum dekat JB 
haaaaaayy makin menjadi-jadi lah 

gatal tangan tak dapat dikawal last-last sangkut jugak nak join segmen
ini semua iena eliena punye keje lah nie
dah kaka pun terhasut sekali. hehek *tak memasal iena jadi punca

siapa-siapa y nak join jugak boleh la klik banner dekat atas
terima kasih si pencinta pink
baik betul hati dia buat segmen y tadak tarikh tutup
hewheww

Sunday, April 15, 2012

SARAWAK terbongkar rahsiamu

tempoh hari kaka dengan kawan-kawan seperjuangan ade join trip kelab XPDC pergi UITM SARAWAK dan berjalan-jalan di sekitar daerah tu. actually event ni dah dirancang lama tapi terdelay atas sebab dan munasabab y tak dapat dielakkkan. and at last lepas habes final paper terbang jugak la kami pergi bumi kuching tu. jakun tak jakun sangat lah kan bila 1st time naik aeroplane wihuuuuuu2. awal2 lagi mak dah singgah kedai runcit beli gula-gula getah. sebab mak dengar pesanan dari radio era cakap kalau nak avoid telinga berdesing kena kunyah gula-gula getah masa dalam flight. and guess what?? It's work lah !! *jakun

5 hari di sana banyak pengalaman dan kisah-kisah yang dapat kaka kutip. dan ada juga banyak rahsia yang terbongkar. rahsia apa? haha tak perlu lah di heboh-heboh kan. nama pun rahsiakan. yang cuma kaka dapat cakap. sarawak banyak menunjuk perihal diri kawan-kawan kaka dengan lebih jelas. (yang cakap belakang, yang suka tak puas hati, yang sweet2, yang manja2, yang gila2, yang suka menuding perempuan kaki gosip walhal dia pun 2x5 malah lebih hebaq lagi, yang suka buat kepala and vice versa, y kuat mara-mara macam kaka) semua kaka dah dapat lihat. tapi masam manis macammana sekali pun tetap jadi memori untuk diingat masa boring-boring nanti. hehek

paling teruk masa dekat sana mestilah bila rahsia sikap dan tingkah laku diri sendiri terbongkar. makin malu bila muka tak reti nak sorok perasaan geram, marah, tak puas hati , tak sabar dll.m m mmalu


 nah ! muka kejam seorang pengganas y kehausan tapi sebenarnya dalam hati bahagia sejak dapat pegang bekas air tu.cuma wajah riang sukar ditayang masa ni -.-'


setelah dipaksa dan diugut barulah terukir riang di muka. tapi still bibir susah nak lepaskan straw tu. bajet konon-konon takut ada orang lain kebas. =p


overall, trip pergi sarawak hari tu kaka bagi 3 over 5star . nak kata best sangat pun tak nak kata tak best pun tak. kira boleh la so-so. I guess kalau kita tahu and pergi tempat-tempat yang lebih menarik masa dekat sana masa tu mesti lagi best best best. Never mind lah next time maybi.
-
-
-
AWAK !
-
-
-
-
psssssst awak..
-
-
-
awak maaf. maaf banyak yang buruk terlihat dari yang baik waktu disana. banyak yang menyakitkan hati dari yang menyenangkan hati. banyak yang pahit dari yang manis. maap sekali lagi. Sekian

panggilan terakhir sang juara

assalammualaikum buat gadis dan brother yang ohsem2 belake. *lagak mesra2 macam da lama kenal je . ok boleh jotos laju2 kepala budak ni -.-' . straight to the point . hari ni kaka nak panggil lagi pemenang2 contest malu tapi mahu yang belum menuntut atau masih belum dapat hadiah masing-masing sila bagi detail awak-awak semula di ruangan komen bawah entry ni. sangat-sangat maap ye sebab terpaksa mintak detail lagi sekali. and please please bagi kerjasama sebab kaka nak bagi terus serentak semua sekali. jadi nanti mudah sikit. Sekian.

detail anda  

nama :
alamat :
no.tel :

Thursday, March 15, 2012

Spontaneous Thursday- I'll remember :'(

jelitawan-jelitawan yang berdamping dengan kaka : paling kanan tikha, paling kiri azyan and ana.


tup tup da sem 6 and tup tup jugak kitorang berdepan dengan final. Fuh ! lega semalam paper 1st da lepas tapi kaka masih berjuang untuk next paper hari sabtu ni. *berjuang mende kalau dok ngadap blog je xhabeh ! hehe. Bila di pikir-pikir balek macam tak rela je after ni nak pisah-pisah dengan bebudak gonjeng kat atas ni. tambah-tambah lagi dengan ana si jelitawan terhebat. Haha. Dengar tak ana, aku puji kau ni wey. wakakaka

kalau da kawan tu mestila macam-macam ragamkan. Bak kata cik kak- cik kak dulu. Rambut sama hitam hati lain2. tu dulu. yang sekarang ni lagi lah dasyat bukan takat rambut je, mata pun da macam-macam kale ade biru, purple, ijau and paling mantop pinkkkk !! kalau nak cite ragam bebudak ni sampai subuh karang kang xhabes. Jadi yang kaka sempat cuma cite summary of ragam jela ea (:

Tikha : lembut, sopan, mummy fashion, dia ni nampak je lembut tapi kadang-kadang keras kepala jugak. even  kaka pun banyak kali bertekak dgn dia. tapi lepas 2 baik la semula. kita profesional lah ! :D . mummy ni sama macam kaka. cerewet sikit tapi cikit jela kaka cerewet banyak. oppsss. lagi 1 kelebihan mummy ni adalah dia ni suka la sangat picit-picit hidung. sampai sekarang pun kaka tak tahu nape. mungkin sebab banyak sangat udara masuk dalam hidung kot. 2 yang dia tutup sekejap nak kasi rehat. hehe 

Ana : si gonjeng terhebat, paling pendek, tapi yang bestnye dia ni paling sempoi and paling lambat bertindak lagi-lagi bab2 siapkan assignment. habes nanti semua kena marah dgn si tikha. tapi last2 nanti kita tetap kawan. kan da kata kami PROFESIONAL !! :D . Otak budak ni sangat la cekap lagi2 bab kira2. sambil tidur pun dia boleh jawap soalan add math. bayangkan yang math biasa tu lagi lah petik jari. peh ! hebat ke der?? haha. bab ronggeng-ronggeng jalan-jalan pun sila la kasi kat dia. asal ade masa terluang je mesti pergi berjalan punye budak ni.

Azyan : dia ni dulu kaka tak rapat sangat. start kawan dengan ana baru kaka berjinak-jinak kenal dengan dia. tapi kadang-kadang masa kaka nak rapat-rapat dengan dia tu la dia jauhkan diri. tak tahu la maybi dia tak selesa dengan kaka kot ataupun maybi sebab dulu kitorang pernah selisih faham. After tu dia nampak macam segan-segan je nak mesra dengan kaka. Kaka yang kurang segan ni pun jadi bertambah segan nak rapat dengan dia tapi tak kesah la yang penting  sekarang budak ni boleh layan jugak kepala otak kaka time kaka tengah buat lawak dengan si ana and tikha. kira good2 la tu kan. :) 

Even lepas final ni kita da tak selalu jumpa, masing-masing da buat haluan masing-masing tapi kaka hope sangat kita still dapat keep in touch. Bersyukur dapat kenal dengan awak-awak and di bagi peluang kongsi suka and duka together2. Even sekejap je tapi I'll remember :'(

Wednesday, March 14, 2012

wordless wednesday :)

cukup la buat pengobat rindu :p
nanti kite cite2 lagi ea. pomis !

Saturday, February 11, 2012

HI-TEA with DIBA

assalamualaikum...

maap maap dan maap. banyak entry kaka yang tergendala akibat line tenet yang sangatlah laju dekat rumah ni *tipu nak tunggu home page blog ni loading je dah 2jam tunggu dye nak loading page untuk new post je dah 6jam.tambah semua sekali da jadi 8jam.amacam?lame tak lame korang rasa?tapi hari ni kaka tekad jugak tunggu 8jam semata-mata nak lepaskan gian menulis dekat blog tercinta.cewah! :p

tempoh hari bersamaan dengan 8 feb 2011 (rabu) , kaka and rakan-rakan seperjuangan telah pun bergerak ke persada jb semperna majlis HI-TEA anjuran Diploma In Banking aka DIBA. tema petang tu ialah flowering evening jadi baju kaka petang tu wajiblah ada bunga.baju orang lain mintak maap kaka tak tahu ;p so oleh kerana ktorang ni bolehla dikatakan otai sebab senior la kononnye,jadi... dengan jayanya ktorang selambe datang lambat. *actually bukan nak lambat pun sebenarnya tapi terpaksa.hehek .datang-datang je bebudak yang lain semua da start makan. tinggalkan yang sisa-sisa je untuk akak senior.ceh! naseb aku tak bawak rotan mase tu kalau tak mesti korang dah kena sebat 



muke tengah fokus ngadap makanan *lapa


 nah!! lepas makan barulah boleh buat muka bahagie *urkkk
apa pandang-pandang?
ye.sayalah pemilik aset gigi rabit and hidung mancung :D
hahahak


bersama mereka ana and azyan


akhir kata wajiblah promote muka penulis :p





nak cita panjang-panjang pun nanti macam curiga je ada orang baca ke tak.!??salam

Friday, January 13, 2012

doa dari kalbu


awak..
orang cakap hidup ini banyak dugaan
bercinta ni pun banyak dugaan..
betul ke awak?
berat tak dugaan tu awak?
macam mane kalau saya tak tahan?
macam mane pulak kalau awak yang tak tahan?
apa yang perlu kita lakukan awak?


awak..
sekarang ni, saya lihat ramai yang tak dapat pertahankan cinta mereka..
ramai yang mengalah sebelum berusaha..
ramai yang tak berjuang habis-habisan demi cinta mereka..
macam mane dengan kite nanti awak?
kite pun akan jadi macam mereka ke awak?



awak..
apa-apa pun yang terjadi saya nak awak ingat ni..
mungkin satu mase nanti saya tak kan dapat jage awak lagi..
mungkin satu mase nanti saya akan jauh dari awak..
mungkin satu hari nanti saya akan hilang dari ingatan awak..
dan mungkin juge saya bukanlah si pelengkap tulang rusuk awak..


tapi…
tapi saya tetap nak awak bahagia..
saya nak awak jage diri awak baik-baik..
jadi imam yang berwibawa
dan jadi mukmin yang soleh
itu harapan saya awak..
moga ia jadi kenyataan..
Aminnn…



(skrip asal dari rakan blogger renovate by eka kaka)

Wednesday, January 4, 2012

=)


HIKMAH is always be there
I pray to Allah to give me best journey in my life
=)

Tuesday, January 3, 2012

seandainya




kaka dah biasa dengar dah lagu ini tapi biasa dengar yang english version punye..wellwellwell I kan minah saleh *errr yang malay version punye belum berapa nak biasa dengar lagi so bila 1st time dengar tadi..peh!!bapak la best sampai terkinja-kinja *ok yang ini tipu,padahal aku duduk diam je tadi ..bagi yang baru dengar lagu maher zain for the rest of my life malay version ini marilah bersam-sama kita nikmati kelazatan liriknya..ehemehem awak..rentetan dari mujahadah cinta tempoh hari jadi kali ini saya nak hantar lagu ini pulak as pemberian saya untuk awak yang seterusnya..saya pencinta lirik jadi nak tak nak awak kena jugak hayati lirik ini..tak reti?cuba!tokmoh nak nengade-ngade ea..babap nak?saya mungkin tak cukup hebat untuk limpahkan awak dengan harta benda tapi percayalah awak,saya kaya dengan budi bahasa..*haha geli!!

doa penutup kata :

Ya Rabbi..
seandainya aku adalah pelengkap tulang rusuknya
maka Kau simpan lah dia untuk ku..Aminnn