Saturday, December 31, 2011

kenapa tak perlu bagitahu 1 dunia

salam dan selamat berhulala-hulala *aiceh suka nampak :) ok cerita yang bakal kaka kongsi kali ni sangat S to the I to the M to the P to the L to the E..ahaa apakah? owh maap ini bukan pasal maharajalawakmega jauh sekali alkisahrajalawak.. tapi ini sebab munasabab kenapa kaka tak bagitahu 1 dunia siapakah dan dimanakah kekanda sparkling stars kaka,eh!ape tu "sparkling stars"?alaaa benda yang buat makan tak lena tidur tak lalu tu la,bengong bukan? :p

1. sebab pertama-tama *err cikgu BM mesti marah kalau tahu kenapa kaka tak nak bagitahu siapakah dan dimanakah kekanda sparkling stars kaka adalah kerana kita hanya merancang dan Dia yang menentukan maknanya kalau kaka dok perheboh 1 dunia pasal dia tapi at last kaka tak di takdirkan untuk dia..peh!tak ke malu dengan dunia yang dah tahu kisah cinta kami..kuikuikui masa 2 tolong la bagi kaka peti ais 18 pintu nak duduk dalam itu.malu.

2. kerana diriku begitu berharga. haha yang ini ape kejadah pulak! letak sticky picture dia and bubuh tulisan dekat situ "DIALAH KEKANDA SPARKLING STARS KU" or letak picture dia dalam satu entry then dekat bawah itu cerita la itu ini pasal dia..blablablaaa,kenapa kaka tak buat?yang ini sebab kalau tetiba pelamin angan ku musnah nanti letih nak kena cari balik entry-entry pasal dia,cerita-cerita pasal dia,gambar-gambar pasal dia sebab nak kena delete..haish leceh..*yang ini kaka cukup serik sebab dah pernah kena so tak nak buat lagi jadi sekarang bialah kaka tulis puisi-puisi jalanan tanpa alamat penerimanya ;)

3. doa. kalau doa yang baik-baik Alhamdullilah,terima kasih tapi kalau doa yang buruk-buruk?kaka bagi contoh ok?kita ambil contoh paling nampak dari cerita "Tentang Dhia" . Kita dengar komen-komen penonton bila Zikir dikendeng-kendengkan dengan Rose.

penonton 1 : eee..xsuka la Rose kawen dengan Zikir
penonton 2 : macik tak minat la dengan dorang ni!
penonton 3 : Eh kenape Zikir dgn perempuan ni bukan patutnye dengan Dhia ke..benci!
penonton 4 : zzzzzz

korang tengok hebat tak hebat doa-doa penonton ini sampai last-last pe jadi dekat Zikir dengan Rose tu..hahaha hebat bukan? :D ..jadi baik kaka mencegah sebelum terlambat *cewah da macam iklan kesihatan

4. yang ke-empat aka last point tetibe mood dah bertukar jadi jiwajiwa so sila hubungi tuan blog untuk keterangan lanjut *ape kerut-kerut? :p





In another life I would be ok =)

Wednesday, December 28, 2011

Mujahadah Cinta

bismillahirrahmanirahim..

awak...
mungkin kata-kata saya nanti akan menghiris hati awak
mungkin susun silang kata saya tak sehebat karyawan seni
mungkin antara kita nanti akan ada yang kecewa
terawal-awalnya saya mohon kemaafan

awak...
perahu kita akhir-akhir ini seringkali terumbang ambing
kadang ke kanan kadang ke kiri
bertahan la awak
saya yakin kita boleh
saya pasti awak boleh
sama-sama kita teguhkan iman
sama-sama kita rempuhi halangan

awak..
awak nak tahu
cinta mengajar saya sesuatu yang baru
cinta yang membutakan mata saya selama ini telah membuka hati saya untuk terus dekat pada-Nya
semakin mendalam rasa cinta saya pada awak semakin kuat saya berdoa pada-Nya
sebab saya yakin Dia Maha Mendengar isi hati saya
Dia tahu yang terbaik buat kita

awak...
saya nak awak tahu
awak dah ajar ini pada saya
" pabila kita berharap pada seseorang
jangan ptut-putus berdoa pada Allah
kerana Allah itu Maha Mendengar "
terima kasih awak =)

awak...
beberapa hari ini hati saya bercelaru
kadang terasa tak sanggup
tapi saya gagahi jua
saya cari bukti
saya dapat konklusi
saya ada jawapan dari awak,saya dan dia
hebatkan saya,awak?

awak...
rasa percaya saya masih ada untuk awak
saya nak awak jaga betul-betul
saya juga insan biasa
kadang rasa percaya itu boleh hilang sekelip mata

awak...
orang kata cinta umpama ombak dan pantai
ada pasang surutnya
betul ke awak?
kalau betul..
saya nak awak jadi kuat
saya nak awak belajar dari kesilapan
agar semaian cinta kita terus mekar hingga disana
bertahan la awak..
bertahan dengan mujahadah cinta kita

Thursday, December 15, 2011

mimpi sempurna

*ok nie gambar kawan kaka yang takde kena mengena pun dalam cerita ni  


   assalamualaikum...tarek nafas,lepas..tarek nafas,lepas...bersyukur tak?bersyukur tak pagi ni masih hidup lagi..masih boleh main kenyit-kenyit mata dekat sini masih boleh kembang kempis kembang kempis hidung tu tarek nafas..walaupun hidung tak semancung karena kapor mahupun tak semegah zizan raja lawak yang penting ustazah ajar kat sekolah ugama dulu kalau bersyukur sebut apa??? (ramai ramai)*Alhamdullilah...alalala pandai :)

     pernah tak awak awak bermimpi??mestilah pernah kan..tipu la kalau tak pernah sekali dua..tak kesah la kan tapi yang penting malam tadi kaka di landa mimpi bukan mimpi di siang hari tau, tak tahu la nak kata mimpi ni macam mana yang pasti ini ialah kedua kali..mungkin ini petunjuk yang selama ini kaka cari dan mungkin Allah dengar doa kaka selama ini. Kaka aspect mimpi ini akan datang lagi malam ini so nanti kaka mesti jadi betul-betul yakin dengan petunjuk dari-Nya..yela 3x kan lebih afdal..masuk malam tadi baru 2x belum nak berapa afdal lagi kan..hehe


*lagi sorang budak tengah bermimpi

     bercerita pasal mimpi kaka ni yang peliknya setiap kali kaka terbangun tersentap terkejut *banyak sangat over benar nih! mesti masa tu tengah waktu waktu yang menghampiri subuh tapi takde la hampir sangat pun around 3lebih 4lebih macam tu 5lebih belum pernah lagi,xpe maybi malam nie ;),why?kaka sendiri pun tak dapat jawapannya..and selama 2 malam tu jugak la bila kaka terbangun je dari mimpi tu kaka will turn my face to the left side and read doa then fuhhhhh! *ikot sunah kalau dapat mimpi buruk kena buat macam itu

     and kalau malam ni datang lagi mimpi macam tu buat kali ke-3,yes! I think I will do something..something that I believe on it because I know Allah is always by my side Allah know better then me..Thank you Allah ! 

Wednesday, December 14, 2011

wordless wednesday-rindu minah ronggeng ni !

nota kaki

when someone like me giving you the second chance it's doesn't mean that you can play around with it

buatmu

Satu malam...
Satu malam dimana aku rasa cukup tepat
Satu malam yang cukup sempurna
Jika dapat ku luahkan segalanya
Yang terkepam sekian lama di dada

Letih wajahmu..
Kerut dahimu..
Luka hatimu..
Pasti! itu yang ku pasti
maafkan ku..
Saat itu aku bukanlah aku
Aku cuma mencari tempat luahan rasa
Saat ini banyak yang menimpa
Sampai aku bisa terlupa
Kau insan yang selama ini ku puja
Malam itu menjadi tempat luahan rasa

Wahai ibu...
Ku tahu hidup ini tak seindah mana
Banyak dugaan dan cabarannya
Banyak pahit dari manisnya
Banyak susah dari senangnya
Dan itu yang sedang kita hadapi bersama

Tapi percayalah ibu
Tempoh hari bukan ku sengaja
Ku hanya melontarkan kata
Yang sering terpaku di minda
Tanpa memikir baik buruknya

Wahai bidadariku...
Maafkan ku...
Ku bukan insan sempurna
Akan ku cuba perbaiki semula
Agar kau menjadi insan yang paling gembira
Bergelar ibu pada anak-anak yang solehah...



Monday, December 5, 2011

year end sales!!!

yeahhh!!jualan murah murah akhir tahun datang lagi..Outspoken Intense by Fergie (EDP) kini boleh didapati dengan harga serendah RM67 sebotol include postage..discount gila gila..beli 1 dapat percuma clutch bag 1..beli 2 percuma 2 bag.. minyak wangi ori dari pengedar Avon tak percaya boleh tekan ini


Outspoken Intense by Fergie ( Eau de Parfum Spray)

*dari uncle google
description minyak wangi :

Outspoken Intense by Fergie EDP ialah paduan bau bunga-bunga memikat dan berserta keharuman kasturi. EDP pula bermaksud Eau de Parfum yang memberi impak tahan lama berbanding minyak wangi biasa EDT (Eau de Toilet).Jadi tidak hairanlah kebiasaannya harga perfume label-label EDP lebih mahal berbanding ordinary perfume kerana kualiti baunya yang mampu bertahan dengan lebih tahan lama. Kaka pakai pun rasa diri sopan santun je sebab bau dia lembut sangat-sangat. :))


*dari uncle google



special offer to all blog members :

Outspoken Intense by Fergie EDP
50ml
harga biasa sebotol RM109 
after less sebotol RM67 (including postage)
+
free one Trendy Oversized Clutch


beg clutch dia memang cantik dan besar..macam-macam boleh masuk.note book pun boleh!!
size beg :
(T) 22.5cm x (P) 34cm x (L) 4.5cm

Set Combo


Outspoken Intense by Fergie EDP
2 botol (50ml x 2)
harga biasa 2 botol RM218
after less RM127 (including postage)
+
free two Trendy Oversized Clutch

p/s : all product sold here are original and not the counterfeit goods.For more information boleh click sini ataupun boleh terus inbox kaka.


eka_dot2@yahoo.com

toksah nak geybang sangat der...

salam dan selamat petang buat awak awak dan juga awak..yela awak yang tengah pejam celik pejam celik baca sebiji sebiji perkataan yang kaka tulis ini,gulp! *eh!apa hal?terkejut?..ala tomey tomey relax la ea :p

2 3 4 5 hari ini semua dok geybang sana sini pasal ombak rindu,da pergi tengok la kononnyeee *ayat tak puas hati..ala lex lex suda..toksah tunjuk tunjuk sangat boleh?saket mata kaka wey dekat Fb bukan main status status semua pasal ombak rindu.....alaaaaaaah bowing taw!..dekat blog pun ada story pasal ombak rindu tapi naseb baek kaka tak kesah kalau cerita dekat blog  *sebab blog aku sayang lebih sikit dekat sini la tempat kaka berteduh kasih berkongsi suka duka.. haish apesal aku nak feeling feeling pulak ni,dush!


* ape tengok tengok

kaka da tengok
2 Disember yang lepas
hari kedua ombak rindu di pawagam
cuma malas je nak geybang -.-"




nota kaki : lepas meronggeng dekat wayang gerak pergi membaja perut dekat pizza,nyum nyum!
thank you (budak yang tak ingat nama) merangkap kawan kepada member kaka
semoga sentiasa di murahkan rezeki lepas tu datang sini belanja kami lagi ;D
ana sorry bekal pizza kaw da terkandas dekat tempat kumbahan..opsss!

Sunday, December 4, 2011

madah berisi buat anak-anak ku




tiut tak bebear kaka??tiut kan..kome ada?sila jeles..lalala
sara (the biggest one)
lisa and eysha (yang tomey2 kale putih tu)
uncit dengan endut (yang kala ceklat)

buat sara,lisa,eysha,uncit dengan endut,mama ada madah berisi buat kalian
dengar ea yayang-yayang mama 




Dear my super duper cute Teddy...

Please be nice to me
Be on my side
Listen to my heart
Hug me as tied as you can
Gain me the strength that you have
Please don't run away from me
I need you
All I want is you...



yayang-yayang semua tak mahu notinoti taw..ingat sapa yang belai-belai sara masa nak tidur,sapa yang bersih-bersihkan habuk yang melekat dekat lisa dengan eysha..uncit dengan endut nakal sangat selalu ilang-ilang bila mama bangun tidur..mama ingat korang da kena culik,rupa-rupanya korang main bawah katil..nakal betul,tak mahu la buat mama risau lagi ea..

Saturday, December 3, 2011

kosakatadarijiwa-part2

Bismillahirahmanirahim...
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim...
Ya Allah Tuhanku
Sesungguhnya padaMu aku sembah
Dan padaMu jua tempatku meminta pertolongan

Ya Allah...
Sekiranya dia adalah jodoh terbaik buatku
Maka Kau simpanlah dia untuk ku
Satukan lah hati kami,diri kami dan jiwa kami
Dalam Iman dan Islam

Peliharalah perhubungan kami
Permurahkanlah rezeki bagi kami
Jauhkanlah kami dari bersengketa
Lindungilah kami dari gangguan syaitan

Ya Rabbi...
Tenangkanlah hati kami
Berkatilah perhubungan kami
Panjangkanlah jodoh bagi kami
Dan satukanlah kami di dunia dan di akhirat 

Ya Tuhan kami 
Berilah kepada kami kebaikan di dunia ini 
Dan kebaikan di akhirat 
Serta lindungilah kami dari siksa api neraka



وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ


 Amin Amin Ya Rabbalalamin...

to awak sorry coz being tiring you with all the messy thing
I will appreciate you
Support you
Loving you
and Always be on your side


kosakatadarijiwa

Bismillahirahmanirahim... Ya Allah
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim...

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu 
Hidup tanpa dia di sisi ku

Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingatkan Mu kala duka ku
Namun hanya kamu 
Yang mampu membuka 
Pintu hatinya tuk cintaku

Malam kau bawahlah rindu ku
Untuk  dirinya yang jauh dariku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta aku

Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku tersiksa
Tanpa cinta dia di hatiku


Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu 
Hidup tanpa dia di sisi ku


Amin Amin Ya Rabbalalamin...


kosakatadarijiwa ft ombak rindu~

senarai pemenang contest malu tapi mahu by eka kaka

       assalammualaikum buat bloggerblogger tercinta..achecehhh *tabur ayat manes bagai madu sebab nak mintak maap awalawal kaka banyak terdiamkan diri seketika dalam dunia blog beberapa hari ini..why??owh coz sebenarnya kaka sangatsangat banyak masalah sekarang ni jadi kaka perlukan sedikit masa untuk menenangkan diri..ok itu tipu :D

       30november yang lepas dengan rasminya contest malu tapi mahu yang kaka anjurkan telah ditutup..*style kaka memang macam ni da masuk 3disember baru hegeh-hegeh nak tutup contest..boleh gitu??dush4x =.= ...
maka kaka dengan gigihnya dan tekunnya telah pun berusaha mencari pemenangnya dengan seorang dirinya *eh!apekehe aku nih??..tahu apa jadi dekat kaka masa nak pilih pemenang-pemenang contest malu tapi mahu ini??my uncit-uncit eyes telah pun naik juling tengok picture-picture yang gorgeous2 dari peserta-peserta sekalian..hew heww *mening2 so dengan nekad kaka rasa nak bagi tempat saguhati kepada 3 pemenang yang kaka rasa layak terima penghargaan dari kaka yang tak seberapa ni..here we goooooo...

       oppp..opssss sebelum tu kaka nak ucapkan beribu-ribu juta-juta million-million " Terima Kasih " kepada awakawak yang bagi sokongan dekat blogger hingusan nih untuk buat contest..doakan kaka dimurahkan rezeki jadi lain kali kaka boleh buat contest lagi and bagi hadiah lagi best-best dekat korang...nyet nyett :p

here we goooooooo...
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
tempat pertama jatuh kepada
tadaaaaa


ulasan : kaka pilih iera ziera sebagai pemenang sebab gambar beliau yang sangatsangat jelas buatkan kaka senang nak buat decison and one more thing kaka suka sangat tengok posisi tangan beliau ( tangan yang tutup mulut tu nampak malu-malu and yang sebelah lagi tu nampak mahu ;) )



tempat kedua





tempat ketiga





saguhati pertama





saguhati kedua





   

saguhati ketiga



tahniah buat para pemenang..please inbox kaka dekat eka_dot2@yahoo.com



Wednesday, November 30, 2011

contest malu tapi mahu by eka kaka

INI ENTRY MELEKAT,SILA SCROLL KE BAWAH UNTUK SKODENG ENTRY TERBARU

assalamualaikum..syukur tak terhingga diberi keizinan untuk terus menekan hurufhuruf comel laptop kecintaan kaka ni..and today kaka as the president of this page would like to make 2(two) important announcement..jeng jeng jeng *acheceh :p .. 1) guess who my lucky follower??ahahaha..dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim memperkenalkan my lucky 222 follower nor azizah *sayang kamu lebih,yaw!!  2) so macam yang kaka da cakap masa entry INI maka dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim *lagi sekali amek berkat..hehe bismillahirrahmanirrahim kaka merasmikan contest malu tapi mahu by eka kaka..



mula-mula wajiblah tayang banner dulu :p
*pssssst..abaikan muka yang ganas..yang penting kaka tahu kaka tengah malu sebab gigi kite tak cantek ,cet!




syarat-syarat penyertaan :

1.terbuka kepada semua blogger di malaysia (perempuan laki semua pun boleh) :)
2.follow blog ini (biar senang tahu update terkini contest)
3.buat 1 entry yang bertajuk "contest malu tapi mahu by eka kaka" then letak banner yang di atas ini lepas itu jangan lupa linkkan sekali ye ^-^
4.letak 1 picture anda yang malu-malu tu (tak kesah la letak tangan dekat mulut ke,tutup mulut dengan tudung ke,tutup muka ke ataupun lain-lain mengikut kreativiti masing-masing)
5.tag 3 orang rakan
6.akhir sekali tinggalkan url anda di ruang comment di bawah


contest berakhir pada 30 NOVEMBER 2011

cara pemilihan pemenang tak ada pakai sistem like-like sebab nanti tak adil..jadi siapa yang nak menang sila buat baik dengan kaka sebab kaka jadikan diri sendiri sebagai juri..*suka hati aku la contest aku :p hadiah misteri menanti 3 pemenang..apa tunggu lagiiiiii!!!cepat cepatttt..

so cubaan pertama kaka nak tag dekat rakan blogger seperjuangan:

Monday, November 28, 2011

Special Offer-Outspoken Intense by Fergie (Eau de Parfum Spray)

        Bismillahirahmanirahim..salam dan selamat pagi warga-warga blogger..setelah terkena di sini,,kaka dah pun berfikir panjang untuk membela naseb insan-insan seperti kaka..*cewah punya la mesra rakyat..kuihkuih :p .. jadi kaka dengan bermurah hati nak offer perfume baru kepada anda-anda di luar sana dengan harga yang sangat-sangat-sangatla berpatutan..*yang ini perfume ori taw no tipu-tipu or cetak rompak ke hape ok!

-
-
-
-
-
-

Outspoken Intense by Fergie ( Eau de Parfum Spray)

*dari uncle google
sedikit description tentang minyak wangi ini :

Outspoken Intense by Fergie EDP ialah paduan bau bunga-bunga memikat dan berserta keharuman kasturi. EDP pula bermaksud Eau de Parfum yang memberi impak tahan lama berbanding minyak wangi biasa EDT (Eau de Toilet).Jadi tidak hairanlah kebiasaannya harga perfume label-label EDP lebih mahal berbanding ordinary perfume kerana kualiti baunya yang mampu bertahan dengan lebih tahan lama.


*dari uncle google
yang ni pulak banner rasmi Outspoken Intense dan minyak wangi ini juga telah diilhamkan oleh Fergie.

sebelum ni pernah dengar tak pasal perfume nih??pernah bau tak??
pada yang pernah dengar pasal Outspoken Intense EDP sebelum ni mesti korang tahu jugakkan harga dia berapa,mahal bukannn??
op..opsss jangan takut jangan takut
kaka kan tengah bermurah hati nak bagi offer dekat awakawak..
-
-
-
-
-
jeng jeng jenggggg..



special offer to all blog members :

Outspoken Intense by Fergie EDP
50ml
harga biasa sebotol RM109 
offer sebotol RM79.90 (including postage)
+
free one Trendy Oversized Clutch


beg clutch dia memang cantik dan besar..macam-macam boleh masuk.note book pun boleh!!
size beg :
(T) 22.5cm x (P) 34cm x (L) 4.5cm

Set Combo


Outspoken Intense by Fergie EDP
2 botol (50ml x 2)
harga biasa 2 botol RM218
offer RM129.90 (including postage)
+
free two Trendy Oversized Clutch

p/s : all product sold here are original and not the counterfeit goods.For more information please email me at

eka_dot2@yahoo.com




Sunday, November 27, 2011

memang best bila dah kena KENCING dengan blogshop

wawah..tajuk memang macam nak mintak penampar pakai kaki kan..hoho nop nop!!entry ni adalah entry terkepam yang terperuk dalam draft berbulan lamanya,hari ini baru kaka rasa yakin nak bercerita dengan rakanrakan blogger..eh!sebelum tu kaka nak cakap yang ini ialah pengalaman kaka and bukan semua blogshop sepesen macam ini taw..

1st time kaka mencuba-cuba nak beli barangan secara online and pengalaman 1st time ni jugak la yang  buatkan kaka putus semangat nak beli barang online lagi,why??then listen..I will explain to u why

insan mana yang tak terkesima dengan baju yang cantikcantik ala-ala korea sekarang?insan mana yang tak suka pakai baju comelcomel macam style-style sekarang??dan kalau nak tahu insan malang macam kaka ni jugak la yang terkena...*kena tipu

ceritanya macam ni..kaka memang da lama dok berkenan sungguh dengan 1 blogshop nih *namanya biarlah dirahsiakan untuk menjaga image blogshop tersebut ..lama jugak la dok usha-usha baju or pape barangan yang dorang jual..mak ai cantek toksah cakap la..memang sangat cun ok..sebab model2 semua mukamuka korea..mutihmutih omeyomey la kata orang so kalau kasi pakai baju pape pun memang wow!wow!!wooow!!pahamkan maksud kaka..

so tanpa melengahkan masa kaka dengan yakin dan jayanya da pun beli sehelai baju dari blogshop tersebut..guess what??bila baju da sampai and da tengok pun depan mata owhhhh baju tu memang sangat sangat sangat la diluar jangkaan..sebab??sebab dalam gambar cantek,bila depan mata sangatlah hampeh!!puih3..dalam gambar baju lengan panjang,bila depan mata baju tu jadi lengan tiga suku!dalam gambar warna bukan main lagi merah terang,bila depan mata warna dah bertukar jadi merah pudar!dalam gambar description cakap free size model korea tu pakai pun hamboi cantek je kaka tengok,bila depan mata free size yang kau cakap tu da macam saiz adikadik kau!pehhh!!memang bebaloikan kalau awalawal aku beli 2 3helai..coittttt..

sumpah lepas ni tak nak shopping dekat blogshop kau 2..menipu customer je lebih..kalau da tahu baju yang kau jual tu tak sama dengan yang model2 korea tu pakai toksah la kau nak gebang sana sini..kasi jela model2 melayu kita yang pakai..apa modelmodel melayu kita tak cantik ke??ke sebab memang kau takut tak de orang beli sebab baju yang kau jual tu yang tak cantik??kalau susahsusah sangat pun kau toksah la upah model or segala bagai..kasi je patung pakai baju yang kau jual tu then sebelah tu describe la measurenye..ni pergi letak model2 tipu nak buat apa..baju yang orang korea tu pakai lain baju yang kau jual tu pulak lain..agakagak la nak tipu pun...haishhhh aku geram betul!!!ni yang rasa nak angin je 1 hari ini...

Friday, November 25, 2011

hati-hati tayang picture sana sini


*jangan takuuuut ini bukan gambar hantu :)) credit to uncle google


assalamualaikum..sebelum panjang bercerita,,kaka nak bagitahu terlebih dahulu cerita yang bakal kaka kongsi ini ialah kisah benar and bukan cobaan taw!..ok tersebut la kisah pada satu malam yang sejuk lagi membuatkan mata kuyu kaka dengan gagah beraninyemenahan mata untuk terus online *cet!ingatkan study ker mende tak guna punya budak,coitt! sekali sampai satu masa tetibe ada sekor budak pompuan dok gataigatai tangan mengelik butang add Fb kaka..so kaka tanpa berfikir panjang terus approve jela kan..yela budak pompuan tak perlu la nak soal selidik bagai sangatkan walaupun tak berapa nak kenal nanti lamalama kalau rajin ngomenngomen kan jadi kenal,ye dak??

seminit dua minit tiga minit...ting! 1 message timbul..tengok nama ruparupanya budak pompuan yang baru tadi kaka approve tu..let say kaka bagi nama dia "NR"..so si NR dengan ramah mesra borakborak dengan kaka..*dalam hati terdetik jugak napa pelik bebeno budak ni..ramah lain macam..padahal tak kenal -.-" ..kitorang pun berbalas-balas message and sampai ke 1 tahap si NR suruh kaka on chat box.. *kaka memang jarang on chat box kecuali bila ada request disebabkan kaka ni budak baik jujur tulus dan ikhlas jadi kaka pun on la chat box.. bila melayan budak NR nie lamalama dia mula naik syehhhh ..puihhh!! si NR mula cakap benda yang bukanbukan malah benda yang kaka tak tanya pun dia sibuk bercerita..hellooooo!!sini bukan kaunter luahan perasaan ea..kalau perasaan jiwangjiwang ke takpe la jugak kaka boleh tumpang sweetsweet ini perasaan GS (gila ****) kaw tu..hadoiiii *grrrrrr..rasa nak cakorcakor tangan kaw bia tak dapat menaip lagi doh.. terus terus terus kaka offline...

seminit dua minit tiga minit..ting! 1 message timbul lagi.. "awak da off ke wak?" hamboiii..da 2 kaw nak suruh aku layan kaw ke cik adeq..tak paham tak paham.. then tanpa membuang masa malam tu jugak kaka ngadu dekat hincik bebola aty, hincik bebola cakap maybe budak tu sebenarnya lelaki tapi pakai FB nama perempuan and letak gambar perempuan...yang kaka fikirkan kalau la apa yang hincik bebola aty cakap tu betul,punya la kesian dekat budak perempuan bertudung tu..entah dia tahu ke tak gambar dia orang lain pakai buat mendamenda cenggitu..memang la kalau nak diikutkan trend sekarang ni semua orang nak letak picture dorang yang cantekcantek yang manismanis dekat FB mahupun dekat laman sesawang yang lain kan..tapi kaka rasa kena fikir baik dan buruknya jugak la kot especially kita yang perempuan ni wak..yang lakilaki ada aku kisah??haha :D *biadap ini budak yela kita tak tahu kot-kot ada orang tak bertamadun di luar sana yang sesedapsedapnya gunakan picture kita tu buat bendabenda yang seperti di atas..yang dapat buruknya sapa??mestilah si pemilik gambar..yela orang bukannya tahu pun siapa yang menaip sebenarnya..kaka bagi contoh, kalau kawan ko terlupa nak logout Fb then dapat pulak kawan macam ko yang kurang asam pergi update status FB kawan ko 2..korang rasa orang lain yang baca status kawan ko 2 tawu ker sebenarnya ko yang updatekan status tu??tak kan tak kan..

serupa macam kes si NR ni,, mestila orang akan beranggapan si empunya DP ni la yang menaip..walaupun hakikatnya DP tu orang lain dan yang menaip tu pulak orang lain..paham semua??orang yang dalam gambar tu sebenarnya tak tahu apa-apa pun..yang dia tahu masa nak upload picture dia harap lepas da publish orang akan komen "cute". "awak cantek" "awak comel sangat" "macam mana awak pakai shawl tu,buatla tuto"dan lain-lain..pity for her.......

lepas belajar dari pengalaman..kaka terus conteng tulisan sikit dekat mana-mana picture before nak tayang dekat blog..private kan picturepicture dalam FB biarla tak de orang komen yang boleh buatkan kaka kembang sampai tak tidur malam lagi lepas ni yang penting ~ mencegah lebih baik dari mengubati *eh?ada kena mengena ker??errr :p

Wednesday, November 23, 2011

wordless wednesday

*nantikan disebalik tabir Haji Kudukut
dekat sini tak boleh cerita lebih-lebih sebab nama pun " wordless " kannnn...

Sunday, November 20, 2011

kerana kuno



twitter baru kaka..yang lama ada tapi da terlupa password jadi kira halal jela ea..huhuk,jom kita bertweets2 sambil retis bergosip ea awakawak..nak di jadikan cerita,kaka memang tak reti sangat nak bertweets sana sini 2pasal la sampai terlupa password yang lama tue..lama gila kowt tak bukak,padan la muka aku kan!..sentuh ini kalau awakawak comel *yang tak sentuh maknanya korang kurang comel..hamboi :p


Saturday, November 19, 2011

rasa itu kian pudar

hari berganti hari
musim berganti musim
masakan kukuh pondok yang usang
masakan menghijau pohon yang rapuh
rasa itu kian pudar

hari berganti hari
musim berganti musim
masakan cantik kuntum yang layu
masakan indah rupa yang lama
rasa itu kian pudar

hari berganti hari
rasa itu kian pudar...

Because I'm miss you

tahu la da cukup hot
tapi rasanya tak perlulah nak buat macam tu
It hurt when someone longing for you
but you just ignore her,like you're the most hottest in the world.. *konon

Friday, November 18, 2011

muet around the corner



bismillahirrahmanirrahim..currently tengah study untuk muet besok..fuh!!jenuh baca article current issue yang mak oit panjangnya berjela-jela..hehe *padahal tipu je :p .. jadi da kena start practise cakap english nie..no bahasa melayu and no bahasa rojak dar..cer cakap english sikit kaka..ready 3 2 1 "englishhhhhhh"..wokeh done.. *ni kalau kantoi dengan lecturer bel masa part 1 and part 2 doludolu mahu menangis terenjut-renjut dorang.. sudahsudah..perlu study lebih jadi tak perlulah merepek lebih ..MUET around the corner ingat-ingat kaka ingat!!  


Thursday, November 17, 2011

Dia bagi cash :))

malam ini kena bertugas macam ibuibu sikit..pakai sopansopan jalan kemutkemut and langkahkan kaki pergi sekolah adik sambil pegang tangan dia *aiceh!penyayang la konon :p .. lepas buat solat hajat Allah bagi rezeki cashcash punya,kaka dapat mamam free ustazahustazah sekolah agama tu bagi,yaw!mekaceh ustajah ;) and before balik rumah tu akak pula baik hati nak belanja mamam chicken chop..nyum nyumm..*dengan berbesar hati :)).. Alhamdulillah..thank you Allah...balik terus mata ngantok tak boleh tahan sebab perot da kembong penuh makanan..

gendang gendut tali kecapi,
kenyang perut??tido la apa tunggu lagi..lalala :p 

Friday, November 11, 2011

"HEARTSTRINGS" bikin hati dupdapdupdap

oyeahhh..paling best manfaatkan cuti sem ini ialah dengan menjamu mata layan ceritacerita korea and menahan hati tengok herohero depa yang waw waww waaww!!..so kaka da done da tengok cerita "heartstrings"..peh!!toksah cakap la...cerita ini bapak sweettttttt + coolllll + waw waww waaaww.mesti tengok wey :p..cerita macam ala-ala musical sikit,,lagu dia bestbest,kaka paling suka lagu "because I miss you" and "you've fallen for me"..kaka pencinta lirik jadi kalau dengar lagu suka belekbelek lirik dia sekali..opppsss hampir terlupa..hero dalam cerita ni vokalis CN BLUE and heroin dia pompuan yang pernah jadi heroin dalam cerita "you're beautiful" sapa entah nama dia *lupa ..cerita dia only until episode15 *amacam?ada berani?? tengok cerita ni buatkan kaka rasa di awang-awangan je..yelaa ketawa sorangsorang,,malu sorangsorang,,guling sorangsorang,,sengeh sorangsorang,senyum sorangsorang..tapi tak sempat nak nanges sebab semuanya happyhappy je..suka tak?suka tak??yaw!! ;) .. and setelah dipaksa akhirnya hincik bebola hati join jugak layan cerita ni tapi dekat rumah dia laa..mana boleh serumah..kan belum buat walimatul urus..*eh??haha :D.. 


*credit to uncle google


sikit sedutan heartstrings ost "you're fallen for me" like!! :))

cubaan pertama - Tutti Frutti

hekhokhekhok..bisingbising sikit la ye maklum la da 3 4 hari bukan main mendiamkan diri..jadi hamba datang ni nak menceriakan suasana la KONONnye :p,,*cet!sila tampar lajulaju ini budak :D .. huhhhh!!tempoh hari at last boleh tarik nafas lega setelah memanjakan lidah dengan tutti frutti ..yipiiiii!!edoq la lidah ni dok kempunan lagi lepas ni tengok gambar membermember yang menayang muka bahagia merekamereka menjamah tutti frutti di facebook..cubaan pertama kaka makan ice cream yogurt yang sebegini rupa jadi 1st step yang mesti diambil masa mulamula melangkah masuk ke dalam kedai ialah pilih cup yang paling kecik..hehe..buat testingtesting kat tekak dulu kotkot tekak kaka tak dapat terima panahan yogurt tu kang mahu membazir,,sapa yang nak habiskan nanti??family kaka semua tak suka,mereka kata "masam"..*huish bukan main "mereka" lagi kan,tak pe bahasa jiwa bangsa,yaw!!..  setelah mencuba beberapa suap,hati cakap "boleh layan jugak benda ni" tapi still tak boleh nak abeskan so jalan terbaik bawak balek umah simpan kat peti sejuk besok lusa boleh sambung layan tutti frutti lagi senang tak payah nak pergi kedai :)


 nyummy nyummy!!


 senyum tak perlu kata apa-apa :)))


banyak lagi tak abes  *nampak sangat aku diet..lalala :p

Thursday, November 3, 2011

Pencarian Blog Follower Bawah 500


kaka join ni..jeles tak jels tak..auuuch *sila la jeles
jeles sikitsikit je taw tak mahu lebihlebih
sebab kaka ada favors untuk awakawak yang tengah dok kebilkebil baca ayat aku yang berketulketul nih..hakhak :D


terima kasih cikgu heliza :))

pagipagi lagi kaka dah sebuk mencari pesbook teacher heliza helmi isi dada dengan motivasi-motivasi beliau..rasanya dah lama tak dengar beliau berceloteh rindu pulak dah.hehe..and at last before singgah facebook orang lain kaka terjumpa ini dari beliau :







DOA DUDUK ANTARA 2 SUJUD :

Pernah hayati? atau baca terlalu laju sampai tak sempat nak fahami
 
maksudnya?

✔ Rabbighfirlii (Tuhanku, ampuni aku)
✔ Warhamnii (Rahmati aku)
✔ Wajburnii (Tutuplah aib-aibku)
✔ Warfa’nii (Angkatlah darjatku)
✔ Warzuqnii (Berilah aku rezeki)
✔ Wahdinii (Berilah aku petunjuk)
✔ Wa’Aafinii (Sihatkan aku)
✔ Wa’fuannii (Maafkan aku)



hayati bersama bagi mendapat lebih ketenangan dalam menjalankan ibadah terhadap-Nya..terima kasih ea cikgu ajar kita ini..kita sayang ketat-ketat cikgu kita :))


spontaneous Thursday - true friend

*I'm extremely sick to find true friend.. :'(

Wednesday, November 2, 2011

wordless wednesday

biar gambar yang berbicara ...
*psssst..rahsia di hati tak siapa yang tahu ;)

Tuesday, November 1, 2011

1st contest by eka kaka !

assalammualaikum...wawawah tajuk bajet nak gempak je kan..apa mimpi tetiba kaka nak buat contest pula ni??owhh,,sebenarnya semalam kaka mimpi anjurkan contest and pemenangnya ialah kaka sendiri *erk!boleh cakap cenggitu..haha tipu tipu ;p .. bila difikir-fikir teringin rasanya kaka nak mencuba-cuba buat contest sendiri,yela biasa join contest orang je sekalisekali nak juga merasa join contest sendiri.. *merepek lagi,,puih! manage contest sendiri..yela kasi tambah pengalaman cikit-cikit.. Insya'Allah bila follower sudah mencapai 200lebih nanti kaka rasmikan contestnya..banner semua dah siap..syarat-syarat contestnya pun senang je..alaaa contest ringan-ringan buat permulaan..hadiah??mestilah ada..sponsor??lagilah dialu-alukan kecil tapak tangan padang stadium kaka tadahkan..buat awakawak di luar sana jangan malu-malu join ek nanti..nak tahu bila start kenalah tunggu perkataan follower dekat atas tu dengan gagahnya jejak angka "222"



...stay tunedddd...



Monday, October 31, 2011

"contest saya bersama SHAWL"


*tekan banner kalau mahu join sama

-
-
-
-
-
bukti kaka join sama
-
-
-
-
gambar recycle zaman cerita duludulu *abaikan muka yang entah rupa apa pandanglah shawl yang berkibar dengan megahnya..hehe :p


*lokasi = berdekatan pantai perkampungan orang asli


tag :
mimie
ayun
ryeharoxy

Monday, October 24, 2011

main bohong-bohong seronok atau sebaliknya???

*credit to hincik google

pagi tadi bangun terus pasang ketatketat dalam hati cakap hari ni "wa tatak mau online"..sampai tengahari hati cakap "boring la tak tahu nak buat apa,,kalau dapat onlinekan best" bila petang menjelma hati tak cakap apa-apa tapi kaka yang cakap "online kejap la,,nak update blog,tengah ada idea ni" hehe :p..maka tercetuslah kisah seperti di atas "Main Bohong-bohong Seronok atau Sebaliknya???"..sapa suka kena bohong,ada tak?ada tak??cer kenyitkenyit mata sikit bagi kaka nampak..eh!tak ada..ok soalan lain..sapa suka menipu,ditipu dan tertipu??sapa..sapa??eh!tak adanye pun yang ngaku..adoyaii..so kaka consider awakawak ni semua baik-baik belaka la ye..*alalala sejuk pewot ibu mengandung :))

berbalik pada tajuk utama,rasa-rasa anda la kan..kenapa agaknye kita bohong,berbohong.terbohong dan membohong?? jadi bagi mengupas isu ini satu kajian telah dilakukan oleh prof,doktor,datin sri eka kaka ulang lagi sekali satu kajian telah dilakukan oleh prof,doktor,datin sri eka kaka besarkan lagi tulisan eka kaka tentang alasan-alasan berbohong ni


1.sayang

siapa yang tak sayangkan pasangan masing-masing,,semua manusia mestilah sayangkan pasangan dorangkan..so kadang-kadang akibat rasa sayang ni lah yang membuatkan kita bohong,berbohong,terbohong,membohong dan dibohong.Sebab masing-masing nak jaga hati pasangan masing-masing..kalau tercalar perasaan pasangan tu sikit nanti mulala yang si girl merajuk..dapat boy pulak yang malas pujuk *HAHA amek kaw! :D terpaksalah pujuk diri sendiri

2.rimas / bosan

ok yang ni biasanya terjadi bila dapat pasangan yang kuat bertanya.."u kat mane?","dengan sapa?","buat apa?"blablabla..mau semua ditanya..semua rutin harian si gegirl/si boboy kena kasi tahu dulu kat si boboy/si gegirl..yang si boboy ni pun akibat rimas dan panas yang melampau terus bagi jawapan "I kat uma sorang je tak buat apa-apa pun"heh!padahal....sebab apa dia berbohong macam tu??mestila si dia rasa bosan rimas dan terkongkong..setiap saat setiap masa semua nak kena buat laporan..bak kata orang muda "macam tak ada life je" *orang muda tu aku la :p..jadi nak mengelak dari terkena cer pegang kata-kata ni "sayangkan pasangan tak semestinya dikongkong"-sumber dari kawan yang tak berapa nak kawan..ehee :p *yang ni motivasi untuk diri sendiri jugak,kadangkadang terbuat

3.balas dendam

yang ini paling nonono..jangan la buat macam ni,tak bagus untuk kesihatan..bohong sebab nak balas dendam..maybe dulu si girl pernah bohong si boy and tetiba satu hari terkantoi pulak dengan si boy yang si girl ni bohong dia..maka lepas tu hambek kaw si boy ni pulak yang kerjakan si girl,asyik dok kerja menipu bahkan tipu si girl tu hari-hari *peh!gile sadis so girl , u better watch out!!yang si boy ni bagila si girl peluang ke-2..helooo tak semestinya si girl da tipu sekali so dia akan tipu si boy untuk selama-lamanya ok..maybe she was learned from her mistake..boy,think about it k!


bohong sekali = terpaksa, bohong 2 3 kali pulak = namanya bukan terpaksa ni namanya sengaja!

ini kajian dan pandangan kaka, anda pula bagaimana?? ;)

dapat inspirasi dari blog ibu hamil dan http://adazm.com/archives/57

Sunday, October 23, 2011

mengatasi si mulut celupar

*picture credit to pacik google

pernah tak awakawak berhadapan dengan orangorang yang mulut celupar aka si minah/mamat lazer..apa yang awakawak buat untuk nak pertahankan diri anda??anda tahu apa yang anda cakap tu betul tapi disebabkan adanya minah/mamat lazer ni last-last anda pun confius tak tahu yang anda cakap tu betul ataupun sebaliknya..HAHA *pening bukan??jadi penyelesaan yang paling mujarab bagi menentang si minah/mamat lazer ini bukanlah di cili mulutnye..ataupun nak sedap sikit sumbat sambal belacan dekat mulut sang durjana tu..nonono tak betul tu ye adeq-adeq *ala tomeytomey :p maka cara yang paling baik adalah mengikut panduan Al-Quran seperti berikut :

1. Nabi menyuruh diam. Sahabat Abu Syuraih Al-Khuza’iy r.a. menyatakan bahawa nabi pernah berpesan, “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia bercakap hanya perkara yang baik atau diam.” 


2. Nabi menyuruh kita berzikir bagi mengimbangi aktiviti lidah. Kebanyakan dari kita menggunakan lidah untuk kemudahan dan kepentingan diri dan terlupa memuji pencipta lidah setiap hari. Nabi pernah berkata, “Janganlah kamu banyak bercakap tanpa berzikir kepada Allah, kerana sesungguhnya banyak bercakap tanpa berzikir kepada Allah mengakibatkan kerasnya hati, dan orang yang paling jauh dengan Allah adalah orang yang paling keras hati. 




- “Ada dua kalimat yang paling disukai Yang Maha Pengasih. Sangat mudah diucapkan tetapi sangat berat dalam timbangan. Kedua-dua kalimat itu adalah ’subhanallah wa bihamdihi’ dan 
’subhanallah hil azim’.” 

-  Kedua-dua kalimat ini membawa maksud ‘Maha suci Allah dan segala pujian kepadaNya’ dan ‘Maha suci Allah yang Maha Besar.’ Di dalam riwayat lain diceritakan, sesiapa yang membaca “subhanallah wabihamdihi” 100 kali sehari, maka semua doasanya diampunkan oleh Allah, meski pun sebanyak buih di lautan. 



3.  IstighfarIstighfar bermaksud memohon ampun. Ucapan istighfar yang dimaksudkan adalah sekurang-kurangnya dengan mengucapkan, “Astaghfirullahazim” disertakan “perasaan menyesal” di dalam hati 100x setiap hari.

Marilah bersama-sama kita membanteras si mulut celupar.Selamat mencuba untuk diri sendiri dan juga orang lain :))




sumber dari HALAQAH