Sunday, October 23, 2011

mengatasi si mulut celupar

*picture credit to pacik google

pernah tak awakawak berhadapan dengan orangorang yang mulut celupar aka si minah/mamat lazer..apa yang awakawak buat untuk nak pertahankan diri anda??anda tahu apa yang anda cakap tu betul tapi disebabkan adanya minah/mamat lazer ni last-last anda pun confius tak tahu yang anda cakap tu betul ataupun sebaliknya..HAHA *pening bukan??jadi penyelesaan yang paling mujarab bagi menentang si minah/mamat lazer ini bukanlah di cili mulutnye..ataupun nak sedap sikit sumbat sambal belacan dekat mulut sang durjana tu..nonono tak betul tu ye adeq-adeq *ala tomeytomey :p maka cara yang paling baik adalah mengikut panduan Al-Quran seperti berikut :

1. Nabi menyuruh diam. Sahabat Abu Syuraih Al-Khuza’iy r.a. menyatakan bahawa nabi pernah berpesan, “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia bercakap hanya perkara yang baik atau diam.” 


2. Nabi menyuruh kita berzikir bagi mengimbangi aktiviti lidah. Kebanyakan dari kita menggunakan lidah untuk kemudahan dan kepentingan diri dan terlupa memuji pencipta lidah setiap hari. Nabi pernah berkata, “Janganlah kamu banyak bercakap tanpa berzikir kepada Allah, kerana sesungguhnya banyak bercakap tanpa berzikir kepada Allah mengakibatkan kerasnya hati, dan orang yang paling jauh dengan Allah adalah orang yang paling keras hati. 




- “Ada dua kalimat yang paling disukai Yang Maha Pengasih. Sangat mudah diucapkan tetapi sangat berat dalam timbangan. Kedua-dua kalimat itu adalah ’subhanallah wa bihamdihi’ dan 
’subhanallah hil azim’.” 

-  Kedua-dua kalimat ini membawa maksud ‘Maha suci Allah dan segala pujian kepadaNya’ dan ‘Maha suci Allah yang Maha Besar.’ Di dalam riwayat lain diceritakan, sesiapa yang membaca “subhanallah wabihamdihi” 100 kali sehari, maka semua doasanya diampunkan oleh Allah, meski pun sebanyak buih di lautan. 



3.  IstighfarIstighfar bermaksud memohon ampun. Ucapan istighfar yang dimaksudkan adalah sekurang-kurangnya dengan mengucapkan, “Astaghfirullahazim” disertakan “perasaan menyesal” di dalam hati 100x setiap hari.

Marilah bersama-sama kita membanteras si mulut celupar.Selamat mencuba untuk diri sendiri dan juga orang lain :))




sumber dari HALAQAH

4 comments:

Imran nyambek said...

fuh.insaf

kaka said...

kaka pun..sama2 la kite ye ;))

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail said...

nice! kalau kita istighfar, pastu sembur2 kat org yg mulut celupar, agak-agak berkesan tak? =)

kaka said...

khumaera>haha..nta ek kaka tak cuba lagi..cer try :P