Saturday, December 31, 2011

kenapa tak perlu bagitahu 1 dunia

salam dan selamat berhulala-hulala *aiceh suka nampak :) ok cerita yang bakal kaka kongsi kali ni sangat S to the I to the M to the P to the L to the E..ahaa apakah? owh maap ini bukan pasal maharajalawakmega jauh sekali alkisahrajalawak.. tapi ini sebab munasabab kenapa kaka tak bagitahu 1 dunia siapakah dan dimanakah kekanda sparkling stars kaka,eh!ape tu "sparkling stars"?alaaa benda yang buat makan tak lena tidur tak lalu tu la,bengong bukan? :p

1. sebab pertama-tama *err cikgu BM mesti marah kalau tahu kenapa kaka tak nak bagitahu siapakah dan dimanakah kekanda sparkling stars kaka adalah kerana kita hanya merancang dan Dia yang menentukan maknanya kalau kaka dok perheboh 1 dunia pasal dia tapi at last kaka tak di takdirkan untuk dia..peh!tak ke malu dengan dunia yang dah tahu kisah cinta kami..kuikuikui masa 2 tolong la bagi kaka peti ais 18 pintu nak duduk dalam itu.malu.

2. kerana diriku begitu berharga. haha yang ini ape kejadah pulak! letak sticky picture dia and bubuh tulisan dekat situ "DIALAH KEKANDA SPARKLING STARS KU" or letak picture dia dalam satu entry then dekat bawah itu cerita la itu ini pasal dia..blablablaaa,kenapa kaka tak buat?yang ini sebab kalau tetiba pelamin angan ku musnah nanti letih nak kena cari balik entry-entry pasal dia,cerita-cerita pasal dia,gambar-gambar pasal dia sebab nak kena delete..haish leceh..*yang ini kaka cukup serik sebab dah pernah kena so tak nak buat lagi jadi sekarang bialah kaka tulis puisi-puisi jalanan tanpa alamat penerimanya ;)

3. doa. kalau doa yang baik-baik Alhamdullilah,terima kasih tapi kalau doa yang buruk-buruk?kaka bagi contoh ok?kita ambil contoh paling nampak dari cerita "Tentang Dhia" . Kita dengar komen-komen penonton bila Zikir dikendeng-kendengkan dengan Rose.

penonton 1 : eee..xsuka la Rose kawen dengan Zikir
penonton 2 : macik tak minat la dengan dorang ni!
penonton 3 : Eh kenape Zikir dgn perempuan ni bukan patutnye dengan Dhia ke..benci!
penonton 4 : zzzzzz

korang tengok hebat tak hebat doa-doa penonton ini sampai last-last pe jadi dekat Zikir dengan Rose tu..hahaha hebat bukan? :D ..jadi baik kaka mencegah sebelum terlambat *cewah da macam iklan kesihatan

4. yang ke-empat aka last point tetibe mood dah bertukar jadi jiwajiwa so sila hubungi tuan blog untuk keterangan lanjut *ape kerut-kerut? :p





In another life I would be ok =)

Wednesday, December 28, 2011

Mujahadah Cinta

bismillahirrahmanirahim..

awak...
mungkin kata-kata saya nanti akan menghiris hati awak
mungkin susun silang kata saya tak sehebat karyawan seni
mungkin antara kita nanti akan ada yang kecewa
terawal-awalnya saya mohon kemaafan

awak...
perahu kita akhir-akhir ini seringkali terumbang ambing
kadang ke kanan kadang ke kiri
bertahan la awak
saya yakin kita boleh
saya pasti awak boleh
sama-sama kita teguhkan iman
sama-sama kita rempuhi halangan

awak..
awak nak tahu
cinta mengajar saya sesuatu yang baru
cinta yang membutakan mata saya selama ini telah membuka hati saya untuk terus dekat pada-Nya
semakin mendalam rasa cinta saya pada awak semakin kuat saya berdoa pada-Nya
sebab saya yakin Dia Maha Mendengar isi hati saya
Dia tahu yang terbaik buat kita

awak...
saya nak awak tahu
awak dah ajar ini pada saya
" pabila kita berharap pada seseorang
jangan ptut-putus berdoa pada Allah
kerana Allah itu Maha Mendengar "
terima kasih awak =)

awak...
beberapa hari ini hati saya bercelaru
kadang terasa tak sanggup
tapi saya gagahi jua
saya cari bukti
saya dapat konklusi
saya ada jawapan dari awak,saya dan dia
hebatkan saya,awak?

awak...
rasa percaya saya masih ada untuk awak
saya nak awak jaga betul-betul
saya juga insan biasa
kadang rasa percaya itu boleh hilang sekelip mata

awak...
orang kata cinta umpama ombak dan pantai
ada pasang surutnya
betul ke awak?
kalau betul..
saya nak awak jadi kuat
saya nak awak belajar dari kesilapan
agar semaian cinta kita terus mekar hingga disana
bertahan la awak..
bertahan dengan mujahadah cinta kita

Thursday, December 15, 2011

mimpi sempurna

*ok nie gambar kawan kaka yang takde kena mengena pun dalam cerita ni  


   assalamualaikum...tarek nafas,lepas..tarek nafas,lepas...bersyukur tak?bersyukur tak pagi ni masih hidup lagi..masih boleh main kenyit-kenyit mata dekat sini masih boleh kembang kempis kembang kempis hidung tu tarek nafas..walaupun hidung tak semancung karena kapor mahupun tak semegah zizan raja lawak yang penting ustazah ajar kat sekolah ugama dulu kalau bersyukur sebut apa??? (ramai ramai)*Alhamdullilah...alalala pandai :)

     pernah tak awak awak bermimpi??mestilah pernah kan..tipu la kalau tak pernah sekali dua..tak kesah la kan tapi yang penting malam tadi kaka di landa mimpi bukan mimpi di siang hari tau, tak tahu la nak kata mimpi ni macam mana yang pasti ini ialah kedua kali..mungkin ini petunjuk yang selama ini kaka cari dan mungkin Allah dengar doa kaka selama ini. Kaka aspect mimpi ini akan datang lagi malam ini so nanti kaka mesti jadi betul-betul yakin dengan petunjuk dari-Nya..yela 3x kan lebih afdal..masuk malam tadi baru 2x belum nak berapa afdal lagi kan..hehe


*lagi sorang budak tengah bermimpi

     bercerita pasal mimpi kaka ni yang peliknya setiap kali kaka terbangun tersentap terkejut *banyak sangat over benar nih! mesti masa tu tengah waktu waktu yang menghampiri subuh tapi takde la hampir sangat pun around 3lebih 4lebih macam tu 5lebih belum pernah lagi,xpe maybi malam nie ;),why?kaka sendiri pun tak dapat jawapannya..and selama 2 malam tu jugak la bila kaka terbangun je dari mimpi tu kaka will turn my face to the left side and read doa then fuhhhhh! *ikot sunah kalau dapat mimpi buruk kena buat macam itu

     and kalau malam ni datang lagi mimpi macam tu buat kali ke-3,yes! I think I will do something..something that I believe on it because I know Allah is always by my side Allah know better then me..Thank you Allah ! 

Wednesday, December 14, 2011

wordless wednesday-rindu minah ronggeng ni !

nota kaki

when someone like me giving you the second chance it's doesn't mean that you can play around with it

buatmu

Satu malam...
Satu malam dimana aku rasa cukup tepat
Satu malam yang cukup sempurna
Jika dapat ku luahkan segalanya
Yang terkepam sekian lama di dada

Letih wajahmu..
Kerut dahimu..
Luka hatimu..
Pasti! itu yang ku pasti
maafkan ku..
Saat itu aku bukanlah aku
Aku cuma mencari tempat luahan rasa
Saat ini banyak yang menimpa
Sampai aku bisa terlupa
Kau insan yang selama ini ku puja
Malam itu menjadi tempat luahan rasa

Wahai ibu...
Ku tahu hidup ini tak seindah mana
Banyak dugaan dan cabarannya
Banyak pahit dari manisnya
Banyak susah dari senangnya
Dan itu yang sedang kita hadapi bersama

Tapi percayalah ibu
Tempoh hari bukan ku sengaja
Ku hanya melontarkan kata
Yang sering terpaku di minda
Tanpa memikir baik buruknya

Wahai bidadariku...
Maafkan ku...
Ku bukan insan sempurna
Akan ku cuba perbaiki semula
Agar kau menjadi insan yang paling gembira
Bergelar ibu pada anak-anak yang solehah...



Monday, December 5, 2011

year end sales!!!

yeahhh!!jualan murah murah akhir tahun datang lagi..Outspoken Intense by Fergie (EDP) kini boleh didapati dengan harga serendah RM67 sebotol include postage..discount gila gila..beli 1 dapat percuma clutch bag 1..beli 2 percuma 2 bag.. minyak wangi ori dari pengedar Avon tak percaya boleh tekan ini


Outspoken Intense by Fergie ( Eau de Parfum Spray)

*dari uncle google
description minyak wangi :

Outspoken Intense by Fergie EDP ialah paduan bau bunga-bunga memikat dan berserta keharuman kasturi. EDP pula bermaksud Eau de Parfum yang memberi impak tahan lama berbanding minyak wangi biasa EDT (Eau de Toilet).Jadi tidak hairanlah kebiasaannya harga perfume label-label EDP lebih mahal berbanding ordinary perfume kerana kualiti baunya yang mampu bertahan dengan lebih tahan lama. Kaka pakai pun rasa diri sopan santun je sebab bau dia lembut sangat-sangat. :))


*dari uncle google



special offer to all blog members :

Outspoken Intense by Fergie EDP
50ml
harga biasa sebotol RM109 
after less sebotol RM67 (including postage)
+
free one Trendy Oversized Clutch


beg clutch dia memang cantik dan besar..macam-macam boleh masuk.note book pun boleh!!
size beg :
(T) 22.5cm x (P) 34cm x (L) 4.5cm

Set Combo


Outspoken Intense by Fergie EDP
2 botol (50ml x 2)
harga biasa 2 botol RM218
after less RM127 (including postage)
+
free two Trendy Oversized Clutch

p/s : all product sold here are original and not the counterfeit goods.For more information boleh click sini ataupun boleh terus inbox kaka.


eka_dot2@yahoo.com

toksah nak geybang sangat der...

salam dan selamat petang buat awak awak dan juga awak..yela awak yang tengah pejam celik pejam celik baca sebiji sebiji perkataan yang kaka tulis ini,gulp! *eh!apa hal?terkejut?..ala tomey tomey relax la ea :p

2 3 4 5 hari ini semua dok geybang sana sini pasal ombak rindu,da pergi tengok la kononnyeee *ayat tak puas hati..ala lex lex suda..toksah tunjuk tunjuk sangat boleh?saket mata kaka wey dekat Fb bukan main status status semua pasal ombak rindu.....alaaaaaaah bowing taw!..dekat blog pun ada story pasal ombak rindu tapi naseb baek kaka tak kesah kalau cerita dekat blog  *sebab blog aku sayang lebih sikit dekat sini la tempat kaka berteduh kasih berkongsi suka duka.. haish apesal aku nak feeling feeling pulak ni,dush!


* ape tengok tengok

kaka da tengok
2 Disember yang lepas
hari kedua ombak rindu di pawagam
cuma malas je nak geybang -.-"




nota kaki : lepas meronggeng dekat wayang gerak pergi membaja perut dekat pizza,nyum nyum!
thank you (budak yang tak ingat nama) merangkap kawan kepada member kaka
semoga sentiasa di murahkan rezeki lepas tu datang sini belanja kami lagi ;D
ana sorry bekal pizza kaw da terkandas dekat tempat kumbahan..opsss!

Sunday, December 4, 2011

madah berisi buat anak-anak ku




tiut tak bebear kaka??tiut kan..kome ada?sila jeles..lalala
sara (the biggest one)
lisa and eysha (yang tomey2 kale putih tu)
uncit dengan endut (yang kala ceklat)

buat sara,lisa,eysha,uncit dengan endut,mama ada madah berisi buat kalian
dengar ea yayang-yayang mama 




Dear my super duper cute Teddy...

Please be nice to me
Be on my side
Listen to my heart
Hug me as tied as you can
Gain me the strength that you have
Please don't run away from me
I need you
All I want is you...



yayang-yayang semua tak mahu notinoti taw..ingat sapa yang belai-belai sara masa nak tidur,sapa yang bersih-bersihkan habuk yang melekat dekat lisa dengan eysha..uncit dengan endut nakal sangat selalu ilang-ilang bila mama bangun tidur..mama ingat korang da kena culik,rupa-rupanya korang main bawah katil..nakal betul,tak mahu la buat mama risau lagi ea..

Saturday, December 3, 2011

kosakatadarijiwa-part2

Bismillahirahmanirahim...
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim...
Ya Allah Tuhanku
Sesungguhnya padaMu aku sembah
Dan padaMu jua tempatku meminta pertolongan

Ya Allah...
Sekiranya dia adalah jodoh terbaik buatku
Maka Kau simpanlah dia untuk ku
Satukan lah hati kami,diri kami dan jiwa kami
Dalam Iman dan Islam

Peliharalah perhubungan kami
Permurahkanlah rezeki bagi kami
Jauhkanlah kami dari bersengketa
Lindungilah kami dari gangguan syaitan

Ya Rabbi...
Tenangkanlah hati kami
Berkatilah perhubungan kami
Panjangkanlah jodoh bagi kami
Dan satukanlah kami di dunia dan di akhirat 

Ya Tuhan kami 
Berilah kepada kami kebaikan di dunia ini 
Dan kebaikan di akhirat 
Serta lindungilah kami dari siksa api neraka



وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ


 Amin Amin Ya Rabbalalamin...

to awak sorry coz being tiring you with all the messy thing
I will appreciate you
Support you
Loving you
and Always be on your side


kosakatadarijiwa

Bismillahirahmanirahim... Ya Allah
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim...

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu 
Hidup tanpa dia di sisi ku

Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingatkan Mu kala duka ku
Namun hanya kamu 
Yang mampu membuka 
Pintu hatinya tuk cintaku

Malam kau bawahlah rindu ku
Untuk  dirinya yang jauh dariku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta aku

Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku tersiksa
Tanpa cinta dia di hatiku


Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu 
Hidup tanpa dia di sisi ku


Amin Amin Ya Rabbalalamin...


kosakatadarijiwa ft ombak rindu~

senarai pemenang contest malu tapi mahu by eka kaka

       assalammualaikum buat bloggerblogger tercinta..achecehhh *tabur ayat manes bagai madu sebab nak mintak maap awalawal kaka banyak terdiamkan diri seketika dalam dunia blog beberapa hari ini..why??owh coz sebenarnya kaka sangatsangat banyak masalah sekarang ni jadi kaka perlukan sedikit masa untuk menenangkan diri..ok itu tipu :D

       30november yang lepas dengan rasminya contest malu tapi mahu yang kaka anjurkan telah ditutup..*style kaka memang macam ni da masuk 3disember baru hegeh-hegeh nak tutup contest..boleh gitu??dush4x =.= ...
maka kaka dengan gigihnya dan tekunnya telah pun berusaha mencari pemenangnya dengan seorang dirinya *eh!apekehe aku nih??..tahu apa jadi dekat kaka masa nak pilih pemenang-pemenang contest malu tapi mahu ini??my uncit-uncit eyes telah pun naik juling tengok picture-picture yang gorgeous2 dari peserta-peserta sekalian..hew heww *mening2 so dengan nekad kaka rasa nak bagi tempat saguhati kepada 3 pemenang yang kaka rasa layak terima penghargaan dari kaka yang tak seberapa ni..here we goooooo...

       oppp..opssss sebelum tu kaka nak ucapkan beribu-ribu juta-juta million-million " Terima Kasih " kepada awakawak yang bagi sokongan dekat blogger hingusan nih untuk buat contest..doakan kaka dimurahkan rezeki jadi lain kali kaka boleh buat contest lagi and bagi hadiah lagi best-best dekat korang...nyet nyett :p

here we goooooooo...
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
tempat pertama jatuh kepada
tadaaaaa


ulasan : kaka pilih iera ziera sebagai pemenang sebab gambar beliau yang sangatsangat jelas buatkan kaka senang nak buat decison and one more thing kaka suka sangat tengok posisi tangan beliau ( tangan yang tutup mulut tu nampak malu-malu and yang sebelah lagi tu nampak mahu ;) )



tempat kedua





tempat ketiga





saguhati pertama





saguhati kedua





   

saguhati ketiga



tahniah buat para pemenang..please inbox kaka dekat eka_dot2@yahoo.com